Jualan naik setelah manfaatkan wadah tempahan dalam talian, hantar makanan
Premium
Jualan naik setelah manfaatkan wadah tempahan dalam talian, hantar makanan
Sekitar 2,700 perniagaan runcit dan khidmat makanan telah menerima bayaran Bonus Daya Tahan Digital (DRB) di antara Ogos dengan Oktober lalu. DRB, inisiatif yang diperkenalkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Jun lalu, adalah sebahagian daripada Belanjawan Kecekalan dan adalah di samping bantuan yang diterima di bawah program SME Go Digital. BERITA HARIAN meninjau perjalanan dua syarikat yang sudah meraih manfaat daripada program-program itu.
Nov 30, 2020 | 5:30 AM
UBAH PENDIRIAN DEMI PENDIGITALAN: Ekoran pandemik Covid-19, pemilik The Social Outcast, Encik Aminurrashid Hasnordin dan Cik Noelle Chua, harus mengubah pendekatan dan mula menawarkan tempahan dalam talian dan penghantaran sejak Jun. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
SEJAK pertama kali berniaga pada tahun lalu, Encik Aminurrashid Hasnordin tidak percaya tentang perlunya khidmat penghantaran makanan.
Ini kerana Encik Aminurrashid, 40 tahun, berpegang teguh bahawa juadah yang dijualnya wajar disaji dan dinikmati sejurus selepas dimasak.

