Isu Brexit: PM Britain janji lebih terbuka, fleksibel dengan Parlimen
Premium
Isu Brexit: PM Britain janji lebih terbuka, fleksibel dengan Parlimen
Jan 23, 2019 | 5:30 AM
TOLAK PUNGUTAN SUARA KEDUA: Cik May menolak pungutan suara kedua kerana rakyat Britain telah mengamalkan demokrasi dan memilih berpisah daripada EU. - Foto EPA-EFE -
LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, berjanji kelmarin akan lebih terbuka dengan Parlimen dalam merundingkan hubungan masa depan dengan Kesatuan Eropah (EU) selepas mereka berpisah dan akan mengurangkan kebimbangan penggubal undang-undang mengenai perjanjian Brexit untuk mendapatkan persetujuan mereka.
Namun, Parti Buruh sedang berusaha untuk mengadakan satu undian di Parlimen yang boleh membuka jalan bagi pungutan suara kedua, sekali gus menimbulkan kemungkinan Brexit boleh diterbalikkan.

