Topik diikuti
Pergi ke BHkuHarga minyak jatuh 2%, pasaran bimbangi lebihan
Harga minyak jatuh 2%, pasaran bimbangi lebihan
NEW YORK: Harga minyak susut kira-kira 2 peratus di pasaran New York semalam, seraya melanjutkan kejatuhan sesi sebelumnya ke paras harga tidak pernah dilihat sejak persetujuan pakatan yang dipimpin Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) untuk mengurangkan pengeluaran.
Ini juga berikutan kebimbangan terhadap peningkatan inventori minyak mentah rekod Amerika Syarikat dan keraguan terhadap keberkesanan perjanjian membendung lebihan global.
