Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab, pengeluar kereta China GAC, bakal kendali 20,000 EV di seluruh Asia Tenggara

Jan 8, 2026 | 4:22 PM
Ketua Pegawai Produk Grab, Encik Philipp Kandal (kiri), dihadiahkan sebuah model kereta oleh Presiden syarikat automotif China, GAC Group, Encik Xia Xianqing, pada 7 Januari.
Ketua Pegawai Produk Grab, Encik Philipp Kandal (kiri), dihadiahkan sebuah model kereta oleh Presiden syarikat automotif China, GAC Group, Encik Xia Xianqing, pada 7 Januari. - Foto GRAB

Gergasi tempahan pengangkutan dalam talian, Grab, dan pengeluar kereta China, GAC, menjalinkan kerjasama bagi mengendalikan kumpulan awal 20,000 kenderaan elektrik (EV) di seluruh Asia Tenggara.

Langkah itu akan memperkenalkan tiga model milik pengeluar China itu, iaitu Aion Y, Aion ES dan Aion V.

Ia akan dilancarkan di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Demikian menurut kenyataan Grab pada 8 Januari.

Aplikasi pemandu Grab akan disepadukan ke dalam sistem kokpit pintar GAC, lapor The Business Times (BT).

“Penyepaduan ini membolehkan rakan pemandu Grab melihat panduan jalan dan menerima maklumat daripada Grab, misalnya amaran keselamatan bagi keadaan berbahaya, serta-merta pada paparan kokpit GAC,” tambah kenyataan itu.

Ketua Pegawai Produk Grab, Encik Philipp Kandal, berkata Grab sentiasa meneroka inovasi yang memperkasa rakan pemandu mereka, ini termasuk penyepaduan sistem tersebut.

“Ini menjamin pengalaman lebih lancar dan mesra pengguna, mengurangkan beban kognitif pemandu, sambil mengukuhkan komitmen bersama (Grab dan GAC) terhadap matlamat neutral karbon dan masa depan yang mampan,” jelas Encik Kandal dalam kenyataan Grab.

Aion V ialah kenderaan utiliti sukan elektrik (EV SUV), manakala Aion Y dan Aion ES merupakan pilihan teksi elektrik biasa.

Kedua-dua pihak juga sedang meneliti kaedah meningkatkan sokongan selepas jualan bagi kenderaan Grab.

Selain itu, rakan pemandu Grab akan mempunyai pilihan untuk menyewa EV daripada rakan kongsi kenderaan Grab atau memanfaatkan sokongan pembiayaan melalui skim pemilikan kereta syarikat itu.

Pada awal Januari 2025, syarikat tempahan pengangkutan dalam talian yang berpangkalan di Singapura itu juga bekerjasama dengan pengeluar kereta China, BYD.

Di bawah kerjasama itu, Grab akan menawarkan sehingga 50,000 EV BYD kepada rakan pemandu di serata Asia Tenggara.

Model kereta dalam kerjasama itu termasuk Denza D9 dan BYD Atto 3.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg