Garuda Indonesia laksana penstrukturan $706j bon Islam
JAKARTA: Syarikat penerbangan nasional, Garuda Indonesia, akan melaksanakan penstrukturan bon Islam bernilai AS$500 juta ($706 juta) yang akan matang bulan depan, menurut timbalan menteri perusahaan milik negara, hari ini.
"Kami rancang untuk menyusun semula sukuk global yang akan matang," kata Encik Kartika Wirjoatmodjo menerusi pesanan yang ditukil agensi berita, Reuters.
"Kami telah mendapatkan penasihat, yang akan mula berhubung dengan pemegang bon," katanya.
Minggu ini, Garuda menyatakan dalam kenyataannya kepada Bursa Saham Indonesia, bahawa telah memulakan "satu proses dialog yang terbuka dan membina" dengan pemegang bon menerusi agen.
Syarikat itu sedang menilai semua pilihan berkenaan sukuk dan telah melantik PJT Partners sebagai penasihat kewangannya, menurut kenyataan itu.
Garuda juga menyatakan bahawa pandemik koronavirus, yang telah menjejas penerbangan sedunia, telah "mewujudkan satu sekitaran perniagaan yang amat mencabar" dan syarikat penerbangan telah mengambil langkah untuk melindungi kakitangan, dan terus berkhimat kepada pelanggan dan mengurus aliran tunai. - Reuters

