Firma teknologi pendidikan S'pura tarik pelaburan tambahan $706,000 dari firma digital
Premium
Firma teknologi pendidikan S'pura tarik pelaburan tambahan $706,000 dari firma digital
Nov 1, 2022 | 5:30 AM
KONGSI WAWASAN: Mengenai pelaburan tambahan syarikatnya, TotallyAwesome, dalam Meraki Academy, yang diasaskan Encik Khairul Helmi (kiri), Encik Will Anstee berkata pihaknya mengongsi visi Meraki Academy hendak meningkatkan keupayaan setiap kanak-kanak, menyediakan peluang pembelajaran berkesan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang metaverse. Sebelum ini TotallyAwesome telah melabur AS$10 juta. - Foto MERAKI ACADEMY -
SEBUAH firma pemula teknologi pendidikan (edutech) berpangkalan di Singapura, Meraki Academy, menarik dana awal sebanyak AS$500,000 ($706,191) daripada TotallyAwesome, sebuah rangkaian platform pengiklanan digital tempatan yang menyasarkan produk mereka kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meraki Academy, Encik Khairul Helmi, berkata pendanaan itu akan menyokong pembangunan platform pendidikan dalam metaverse syarikat tersaebut.

