Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengguna Berdaftar
Firma kumpul 1,600 tan sisa sebulan untuk dikitar semula
Laporan ini dibawakan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Bagaimanakah firma Singapura boleh kekal relevan dan bersaing dalam sekitaran perniagaan yang sentiasa berkembang? Bagi menghuraikan persoalan tersebut, Majlis Ekonomi Masa Hadapan yang dipimpin pengerusinya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, melaksanakan Perancangan Perubahan Industri (ITM) 2025. ITM itu antaranya memberi tumpuan kepada kemampanan sebagai peluang bagi syarikat berkembang. Ikuti pertumbuhan syarikat khidmat sekitaran setempat, Chye Thiam Maintenance Pte Ltd, dalam usaha menceburi amalan kemampanan dan usaha resort W Singapore - Sentosa Cove menuju ke arah sifar pembaziran.
- Foto SPH MEDIA
Firma kumpul 1,600 tan sisa sebulan untuk dikitar semula
SETIAP bulan, syarikat perkhidmatan sekitaran, Chye Thiam Maintenance Pte Ltd (CTM), mengumpul sekitar 1,600 tan atau 1,600,000 kilogram sisa dari serata tempat di Singapura.
Namun, sebanyak 40 peratus daripada jumlah sisa terkumpul itu dapat 'diselamatkan' dari loji pembakar sisa dengan adanya sebuah loji kemudahan pemulihan bahan (MRF).
