Etos kami - kekal bersatu dan manfaatkan kekuatan masing-masing
Premium
Etos kami - kekal bersatu dan manfaatkan kekuatan masing-masing
Jun 23, 2019 | 5:30 AM
KEPIMPINAN BARU: Presiden DPPMS, Encik Farid Khan (lima dari kanan, barisan depan) bersama anggota lembaga pengarah DPPMS yang baru dilantik dalam AGM yang diadakan akhir bulan lalu. - Foto DPPMS -
TUMPUAN segera Presiden baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, ialah mahu bertemu seberapa ramai anggota Dewan dalam beberapa bulan mendatang demi memahami perniagaan, cabaran serta rancangan masa hadapan mereka.
Strategi Dewan selepas itu ialah memanfaatkan peluang ekonomi dan bidang pertumbuhan baru, serta meningkatkan profesionalisme dan pengawalan korporat perniagaan Melayu/Islam dan badan induk itu.

