Topik diikuti
Pergi ke BHkuEksport utama S'pura merosot bagi 7 bulan berturut-turut
Dijejas oleh kiriman elektronik dan bukan elektronik yang kurang cergas; pakar ekonomi jangka pemulihan pada separuh kedua 2023
May 18, 2023 | 5:30 AM
Eksport utama S'pura merosot bagi 7 bulan berturut-turut
EKSPORT utama Singapura mencatatkan kemerosotan buat tujuh bulan berturut-turut pada April, dijejas oleh kiriman elektronik dan bukan elektronik yang kurang cergas.
Ini sekali gus mendorong ramalan beberapa pakar ekonomi bahawa eksport akan terus mengecut buat beberapa bulan sebelum pulih semula pada separuh kedua 2023.
