Premium
Sate S'pura dapat sambutan baik di Manila
Sate Singapura telah menyerantau. Gerai sate popular di Makansutra Gluttons Bay di Esplanade, Alhambra Padang Satay, telah meluaskan perniagaannya ke Filipina. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) menemuramah pemilik Alhambra, Encik Mohd Hussin Abdul Kader Malim.
Oct 10, 2016 | 5:30 AM

MENYERANTAU DI FILIPINA: Encik Hussin (tiga dari kanan) bersama kakitangannya di Filipina di depan gerai yang dimiliki beliau. - Foto ihsan MOHD HUSSIN ABDUL KADER -
GERAI sate popular di Makansutra Gluttons Bay di Esplanade, Alhambra Padang Satay, telah meluaskan perniagaannya ke Filipina.
Pemilik Alhambra, Encik Mohd Hussin Abdul Kader Malim, membuka sebuah gerai sate di sebuah pusat beli-belah mewah, SG Mega Mall, di kawasan pusat kewangan, Ortiga, di Metro Manila.

