Premium
Sasar pasaran antarabangsa bagi pakaian senam sopan
Sep 13, 2016 | 5:30 AM

MANFAATKAN KEPAKARAN FIRMA LAIN : Cik Haslinda Ali dapat menumpukan perhatian terhadap rekaan pakaian dan strategi meningkatkan penjualan dengan pengurusan tempahan, penyimpanan stok dan pengiriman produk diuruskan oleh Syed Ali Ridha Madihid yang mengetuai iCommerce. - Foto IMAN ALIF -
MELIHAT potensi tinggi bagi perniagaan pakaian senaman Muslimahnya telah mendorong personaliti Cik Haslinda Ali menyemak strategi perniagaannya agar ia dapat dikembangkan dan diluaskan di peringkat antarabangsa.
Untuk menyejagatkan perniagaan pakaian di bawah syarikat FitFab By Haslinda Ali, beliau sedar kepakaran luar diperlukan bagi menguruskan ribuan tempahan serta aspek logistik perniagaan itu berbanding melakukannya sendirian.

