Topic followed successfully
Go to BHkuEjen hartanah bukan sekadar orang tengah
Ejen hartanah bukan sekadar orang tengah
CEO PropNex Ismail Gafoor tekankan peranan ejen hartanah kian berkembang; mesti manfaat data, teknologi
Ejen hartanah bukan sekadar orang tengah
Walaupun ejen hartanah lazimnya tidak terlibat dalam urusan pembelian flat Bina Ikut Tempahan (BTO), mereka masih perlu mempunyai pengetahuan tentang dasar mengenainya dan perkembangan terkini supaya dapat memberi nasihat berguna kepada pembeli, kata Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.
Ia adalah antara cara bagi ejen hartanah kekal relevan dan membawa nilai kepada industri supaya pembeli maklum dalam membuat keputusan, bukan sahaja tentang flat BTO yang ingin dimiliki, malah maklum tentang pilihan yang ada pada masa depan sekiranya mereka ingin membeli rumah lebih besar atau berpindah ke rumah privet.

