Premium
Crave rancang pusat makanan himpunkan jenama F&B
Di tengah-tengah kemelut Covid-19, firma-firma bekerjasama agar mereka dapat menikmati pertumbuhan yang lebih baik. Pelbagai firma dalam industri berbeza melihat kelebihan untuk bersatu dan saling lengkap-melengkapi. BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 6, 2021 | 5:30 AM
BERSATU TEGUH: (Berdiri, dari kiri) Pemilik Ikan 1986, Cik Syedah Hanna Sahari dan Encik Muhammad Shaheed Abdul Latiff; Dr Malik; Encik Mohamed Rafeek Mohamed dari Rafeek Tea; Encik Abdus Salam Akber Ali dari Ministry of Rojak; isteri Dr Malik, Cik Shireen Ikhsan, serta pemilik bersama Ministry of Rojak, Cik Nadira Ahamed Basir. - Foto BM oleh NG SOR LUAN -
MENYEDARI kesukaran firma makanan dan minuman (F&B) meluaskan perniagaan disebabkan masalah tenaga buruh, pemilik Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak By Selera Rasa, Dr Abdul Malik Hassan, akan memperkenalkan pusat makanan mini yang membawa beberapa jenama makanan di bawah satu bumbung.
Buat permulaan, sebuah pusat makanan mini dikenali Crave Kakis akan dibuka di Sun Plaza di Sembawang sekitar pertengahan tahun ini yang akan menghimpunkan jenama Rafeek Tea, rojak India Ministry Of Rojak dan perniagaan otak-otak Ikan 1986.

