BoS selesai beli niaga urusan pelaburan dan kekayaan Barclays
Premium
BoS selesai beli niaga urusan pelaburan dan kekayaan Barclays
Nov 29, 2016 | 5:30 AM
"Kumpulan Barclays telah mengongsi dengan kami bahawa pelanggan mereka amat yakin dengan keupayaan Bank of Singapore. Pembelian itu tepat pada waktunya sedang Asia-Pasifik (tidak termasuk Jepun) dijangka mengambil alih Eropah Barat sebagai rantau kedua paling kaya pada 2017." - Encik Bahren Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore. -
BANK of Singapore (BoS) telah selesai urus niaga membeli perniagaan pengurusan pelaburan dan kekayaan Barclays di Singapura dan Hongkong.
Harga pembelian itu sebanyak AS$227.5 juta ($324.5 juta), yang merupakan 29 peratus daripada harga ramalan awal selepas jumlah aset yang dialihkan lebih rendah.

