Premium
Boleh buat ukuran lebih pantas guna alat imbas
Apr 11, 2017 | 5:30 AM
CEPAT DAN PANTAS: Alat 3D-Scan Visualiser membolehkan ruang diukur dengan pantas dan cepat serta mengurangkan kesilapan manusia, menghuraikan masalah kekurangan pekerja dan meningkatkan penghasilan sebanyak 50 peratus. - Foto PERSEKUTUAN KEMAJUAN TENAGA KERJA -
PELANGGAN firma hiasan dalaman Goodrich Global biasanya ingin mengetahui rekaan dan kos menghiasi rumah mereka dengan cepat, kalau boleh esoknya.
Tetapi bilangan kakitangan terhad yang dapat membuat ukuran di rumah pelanggan menyukarkan firma itu memenuhi permintaan tersebut.

