Tahun 2023 merupakan tahun mencabar bagi syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan, The Black Hole Group.

Sebagai syarikat yang terkenal dengan menu makanan halal Mexico, Greece, Italy dan Asia, ia terpaksa bergelut dengan kesan pandemik yang telah menjejas sektor F&B, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Mustaffa Kamal, 38 tahun.