Biasiswa bantu pupuk bakat masa depan dalam bidang sekitaran, air
Premium
Biasiswa bantu pupuk bakat masa depan dalam bidang sekitaran, air
Aug 1, 2018 | 5:30 AM
PUPUK BAKAT: Encik Masagos bersama tujuh daripada sembilan penerima biasiswa NEW di majlis penyampaian semalam. Salah seorang yang tidak dapat hadir ialah Encik Kashyfi yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara. - Foto PUB -
SEKUMPULAN sembilan calon dipilih daripada 600 pemohon bagi menerima Biasiswa Sekitaran dan Air Kebangsaan (NEW) dari Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.
Ditawarkan bersama oleh agensi air negara, PUB, dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), biasiswa itu bertujuan memilih golongan bakat muda yang cemerlang dan berhasrat mempunyai kerjaya dalam sektor air di universiti setempat atau luar negara.

