Premium
Bantu 'modenkan' niaga makanan syarikat keluarga
Apr 13, 2017 | 5:30 AM
NIAGA NASI LEMAK: Cik Raihanah Mohd Halim (kiri) kini seronok berjualan nasi lemak setelah diberi tanggungjawab oleh ibunya, Cik Rohaniah Mohamed (kanan), dengan menubuhkan dan mengendalikan perniagaan nasi lemak milik syarikat keluarganya. - Foto M.O. SALLEH -
SEPERTI ramai teman sebaya yang baru lulus politeknik, Cik Raihanah Mohd Halim, 21 tahun, merancang mencari kerja dan tidak berniat terlibat dalam perniagaan katering keluarganya sepenuh masa.
Namun, kini beliau mengendalikan gerai nasi lemak pertama syarikat keluarganya, Jamil Catering Pte Ltd, di pusat makanan Timbre Plus, selepas membantu memodenkan perniagaan makanan itu.

