Topik diikuti
Pergi ke BHku2,500 dijangka sertai pameran perdagangan di Marina Bay Sands
2,500 dijangka sertai pameran perdagangan di Marina Bay Sands
SEKITAR 2,500 delegasi perniagaan dan pempamer akan berkumpul selama tiga hari untuk satu pameran perdagangan di Marina Bay Sands mulai 30 Jun ini, yang merupakan acara perintis terbesar sejak penularan wabak Covid-19.
Dianjurkan oleh Perkhidmatan Pengurusan Persidangan dan Pameran (CEMS), acara Perkhidmatan Seni Bina dan Pembangunan dijangka menarik bilangan peserta lebih ramai iaitu dua kali berbanding kepada dua acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) berskala besar yang merupakan percubaan awal.
