Zuckerberg pertahan kedudukan tidak cabar pos Trump di media sosial
Premium
Zuckerberg pertahan kedudukan tidak cabar pos Trump di media sosial
Kenyataan sakitkan hati tapi tidak langgar dasar syarikat
Jun 4, 2020 | 5:30 AM
ENGGAN CABAR POS: Zuckerberg tidak mencabar pos hasutan Encik Trump. - Foto REUTERS -
SAN FRANCISCO: Ketua pegawai eksekutif Facebook Mark Zuckerberg memberitahu kakitangannya bahawa beliau berdiri teguh dengan keputusannya untuk tidak mencabar pos berbaur hasutan yang dimuat naik oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sehari selepas kakitangan syarikat itu mengadakan tunjuk perasaan awam.
Sekumpulan kakitangan Facebook - yang hampir kesemuanya bekerja di rumah ekoran pandemik koronavirus - meninggalkan kerja mereka Isnin lalu.

