SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Video orang hutan hisap rokok tular

Video orang hutan hisap rokok tular

Mar 10, 2018 | 2:36 PM

Video orang hutan hisap rokok tular

FOTO: AFP
FOTO: AFP -

BANDUNG: Seekor orang hutan dirakamkan mengambil puntung rokok yang dicampak ke dalam kandangnya oleh pengunjung zoo dan menghisapnya seolah-olah sudah biasa berbuat demikian.

Gambar orang hutan Borneo berusia 22 tahun itu, Ozon, di zoo di Bandung, kira-kira 150 kilometer ke tenggara Jakarta, segera menjadi tular.

Ia bukan kali pertama orang hutan di zoo dirakamkan merokok di Indonesia, yang mencatatkan rekod buruk melindungi haiwan dan antara kadar merokok tertinggi dunia.

Pada 2012, seekor beruk di sebuah zoo lain menjadi penagih narkotik selepas menghisap rokok, dan perlu dipaksa berhenti daripada ketagihan itu.

Jurucakap zoo Bandung, hari ini berkata kejadian itu amat dikesali dan ia mempunyai kakitangan untuk mengawal kandang mamalia itu.

Namun pegawai bertanggungjawab mungkin berada di bilik air ketika itu, tambahnya.

"Sebenarnya ada papan tanda di lokasi yang menyatakan pengunjung tidak dibenarkan memberi makanan dan rokok kepada haiwan," kata jurucakap berkenaan, Sulhan.

Aktivis hak asasi mengutuk tindakan pelawat tetapi berkata ia menggariskan persekitaran zoo di Indonesia yang teruk. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg