SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Vaksinasi wajib bagi masuk pejabat, hab sukan, budaya atau hiburan di Arab Saudi mulai 1 Ogos

Vaksinasi wajib bagi masuk pejabat, hab sukan, budaya atau hiburan di Arab Saudi mulai 1 Ogos

May 19, 2021 | 9:54 PM

Vaksinasi wajib bagi masuk pejabat, hab sukan, budaya atau hiburan di Arab Saudi mulai 1 Ogos

VAKSINASI WAJIB: Seorang pekerja perubatan menyiapkan vaksin Covid-19, AstraZeneca, di pusat vaksinasi sekitar Riyadh. Mulai 1 Ogos, sesiapa yang ingin masuk pejabat atau bangunan kerajaan serta sektor swasta diperlukan menjalani vaksinasi. - Foto AFP/FAYEZ NURELDINE
VAKSINASI WAJIB: Seorang pekerja perubatan menyiapkan vaksin Covid-19, AstraZeneca, di pusat vaksinasi sekitar Riyadh. Mulai 1 Ogos, sesiapa yang ingin masuk pejabat atau bangunan kerajaan serta sektor swasta diperlukan menjalani vaksinasi. - Foto AFP/FAYEZ NURELDINE -

RIYADH: Sesiapa yang ingin memasuki sebarang pejabat atau bangunan kerajaan serta sektor swasta di Arab Saudi perlu menjalani vaksinasi mulai 1 Ogos.

Agensi berita melaporkan, syarat ini juga ditetapkan bagi semua hab pengangkutan, pusat budaya, hiburan dan sukan di negara ini.

Pengesahan sama ada seseorang sudah melalui vaksinasi akan dipapar pada aplikasi bijak Tawakalna.

Pada masa yang sama, pelajar dan kakitangan sekolah akan kembali ke institusi masing-masing pada Ogos ini.

Bagaimanapun, mereka masih perlu akur pada undang-undang Covid-19 seperti memakai pelitup, menjaga jarak sosial dan mengekalkan kebersihan pada tahap tinggi. - Agensi Berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg