Najib siar video luah perasaan, mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Premium
Najib siar video luah perasaan, mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Jul 5, 2018 | 5:30 AM

DIBAWA KE MAHKAMAH: Datuk Seri Najib Tun Razak digiring oleh pegawai polis sewaktu tiba di mahkamah untuk hadapi pertuduhan pagi semalam. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Sebuah video dua minit yang memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dirakamkan terlebih dahulu, muncul di akaun media sosial mantan perdana menteri Malaysia itu kelmarin, mendakwa beliau tidak bersalah tidak lama selepas penangkapannya.
Datuk Najib ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tengah-tengah siasatan membabitkan berbilion ringgit yang diseleweng daripada dana pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

