SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tujuh orang ditangkap polis Malaysia berkaitan kes culik peniaga Singapura

Tujuh orang ditangkap polis Malaysia berkaitan kes culik peniaga Singapura

Feb 6, 2019 | 5:24 PM

Tujuh orang ditangkap polis Malaysia berkaitan kes culik peniaga Singapura

ac006034-7f15-4203-bcdb-98034fad54ea
-

KUALA LUMPUR: Pihak polis Malaysia menangkap tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes culik peniaga sayuran dari Singapura yang berlaku di Gelang Patah, selatan Johor.

Kesemua lelaki tersebut ditangkap setelah keluarga peniaga itu membayar wang tebusan RM1 juta ( $331,000) kepada penculik, menurut laman berita The Malaysian Insight semalam.

Peniaga itu, yang berusia sekitar 50 tahun, didakwa diculik pada 27 Januari. Namanya tidak didedahkan.

Keluarganya membayar wang tebusan tersebut pada 31 Januari, dan beliau dibebaskan sehari selepas itu, menurut laporan tersebut.

Pihak polis menemui beberapa senjata dan sebahagian daripada wang tebusan itu dalam operasi untuk menangkap suspek, menurut laporan itu lagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg