Premium
Trump: Sidang dengan Jong-Un di S'pura mungkin ditunda
May 24, 2018 | 5:30 AM
BERI ISYARAT BERCAMPUR-CAMPUR: Presiden Donald Trump (kanan) dalam pertemuannya dengan Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-In, di Rumah Putih kelmarin, berkata walaupun semua berada di landasan yang betul, kemungkinan sidang puncak antaranya dengan Encik Kim Jong-Un ditangguh. - Foto AFP -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memberi isyarat bercampur-campur mengenai sidang puncaknya yang akan datang dengan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, dan berkata walaupun berada di landasan yang betul, ia mungkin ditangguhkan.
Bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan kelmarin di Rumah Putih bersama Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae In, Encik Trump berkata beliau percaya Korea Utara serius mengenai penghapusan senjata nuklear dan sidang puncak yang dijadualkan pada 12 Jun di Singapura itu akan diteruskan, lapor akhbar The Straits Times semalam.

