Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump ikrar runding semula Nafta
Premium
Trump ikrar runding semula Nafta
Trump ikrar runding semula Nafta
BARISAN BARU: Encik Donald Trump (kiri) memerhatikan upacara angkat sumpah kakitangan kanan di Rumah Putih yang dipimpin oleh Naib Presiden Mike Pence (dua dari kiri) semalam. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 24, 2017 | 5:30 AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berikrar merundingkan semula Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta) dalam perbincangan akan datang dengan pemimpin Mexico dan Canada.
"Kami akan adakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Canada dan kami akan mengadakan mesyuarat dengan Presiden Mexico, yang saya kenali, dan kita akan memulakan beberapa rundingan berkaitan Nafta," kata Encik Trump semasa berucap kepada kakitangan Rumah Putih, pada hari kedua beliau menjadi Presiden.
