Trump dikritik perlekeh ibu bapa askar Muslim yang terkorban dalam serangan di Iraq
Premium
Trump dikritik perlekeh ibu bapa askar Muslim yang terkorban dalam serangan di Iraq
Aug 2, 2016 | 5:30 AM
WASHINGTON: Calon Presiden Parti Republikan, Encik Donald Trump, dikritik hebat termasuk oleh anggota partinya sendiri selepas memperlekeh ibu bapa seorang askar Muslim Amerika Syarikat yang terbunuh sewaktu serangan bom bunuh diri di Iraq 12 tahun lalu.
Konfrontasi antara Encik Trump dengan Encik Khizr dan Cik Ghazala Khan kini muncul sebagai titik nyala menjelang pilihan raya Presiden November ini.


