Trump bayangkan longgar sekatan jika Pyongyang buat 'sesuatu bermakna'
Premium
Trump bayangkan longgar sekatan jika Pyongyang buat 'sesuatu bermakna'
Hanoi 'ghairah' nantikan kehadiran Trump, Jong Un
Feb 22, 2019 | 5:30 AM
INGIN GAYA RAMBUT SEPERTI TRUMP ATAU JONG UN? Seorang penungang motosikal ini melalui kedai memotong rambut yang menawarkan potongan percuma bagi gaya rambut Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hanoi, Vietnam, kelmarin. Kededua pemimpin itu akan mengadakan pertemuan di ibu kota Vietnam itu pada 27-28 Februari. - Foto EPA-EFE -
WASHINGTON/HANOI: Seminggu sebelum sidang puncak kedua bersama pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyuarakan kemugkinan melonggarkan sekatan tegas ke atas Pyongyang, tetapi hanya jika ia melakukan "sesuatu bermakna" berhubung pelucutan senjata nuklear.
Bercakap kepada wartawan di Rumah Putih kelmarin, Encik Trump juga berkata beliau menjangka bertemu Kim lagi dalam sidang puncak pada 27-28 Februari di Hanoi, ibu kota Vietnam.

