Premium
Trump batal pelan rancak semula ekon pertengahan Apr
Mar 31, 2020 | 5:30 AM
LENGANG: Seoramg wanita melintasa jalan di Long Beach, California kelmarin. Presiden Donald Trump telah melanjutkan perintah arahan pergerakan. - Foto AFP -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kelmarin memperluas garis panduan arahan duduk di rumah hingga akhir April, dan membatalkan rancangan merancakkan semula ekonomi pada pertengahan April selepas penasihat perubatan berkata lebih daripada 100,000 rakyat Amerika diancam kematian akibat wabak koronavirus.
Rancangan yang dikritik hebat itu awalnya akan didedahkan perinciannya hari ini sedang Amerika menghadapi bilangan kematian akibatan penularan virus itu kepada lebih 2,460 jiwa dan lebih daripada 141,000 kes jangkitan.

