Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga dekad berumah di kapal
Ahad lalu kami bawakan kisah Kapal hospital bukan pemerintah (NGO) terbesar dunia, Africa Mercy, yang telah lebih 38 tahun belayar membawa harapan dan memberi rawatan, keperluan asas kesihatan dan bimbingan kepada fakir miskin di negara termiskin di serata dunia. Ahad ini, MOHD SAMAD AFANDIE (samad@sph.com.sg) mengisahkan pula dua kakitangan kapal itu yang telah memberi sumbangan tenaga dan masa mereka.
Tiga dekad berumah di kapal
DR GARY Parker, 64 tahun, ialah Ketua Pegawai Perubatan & Pakar Bedah maksilofasial di atas kapal Africa Mercy.
Beliau merupakan lulusan Universiti Davis dengan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Air dan Tanah, kemudiannya menuntut di Universiti California, Los Angeles (UCLA) di Pusat Pengajian Sains Pergigian. Semasa di UCLA beliau juga berpeluang membuat pengajian di jabatan Pusat Perubatan Maksilofasial.
