Tiada perjanjian dicapai selepas berakhir sidang puncak kedua
Premium
Tiada perjanjian dicapai selepas berakhir sidang puncak kedua
Pyongyang tuntut sekatan ditarik balik secara keseluruhan; Amerika tidak dapat terima langkah lepaskan semua sekatan
Mar 1, 2019 | 5:30 AM
PERTEMUAN KEDUA: Presiden Trump (kanan) berjalan bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sewaktu sidang puncak kedua Amerika Syarikat-Korea Utara yang diadakan di Hotel Metropole, Hanoi semalam. - Foto AFP -
HANOI: Sidang puncak kedua Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bersama pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, berakhir semalam tanpa sembarang perjanjian, mencetuskan tanda tanya mengenai rundingan masa depan berhubung program nuklear Pyongyang.
Encik Trump berkata beliau menghabiskan "masa produktif" bersama Encik Kim semasa perbincangan mereka di ibu negara Vietnam, Hanoi, mengenai penghapusan senjata nuklear Korea Utara tetapi mereka gagal mencapai persetujuan kerana Pyongyang menuntut sekatan pimpinan Amerika ke atasnya ditarik balik.

