Topic followed successfully
Go to BHkuTanda tanya Umno dan PAS kini 'kawan aje' atau akan bersatu
Tanda tanya Umno dan PAS kini 'kawan aje' atau akan bersatu
Tanda tanya Umno dan PAS kini 'kawan aje' atau akan bersatu
Pilihan raya umum (PRU) ke-14 Mei lalu benar-benar mengubah lanskap politik Malaysia. Sebelum PRU itu, beberapa pemimpin dan parti musuh ketat berbaik-baik, membentuk Pakatan Rakyat dan mengulingkan gabungan Barisan Nasional (BN). Kini, dua lagi musuh lama - Umno, yang mengetuai BN, dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) - berbaik-baik, mencetuskan pertanyaan tentang masa depan BN dan apakah satu lagi pakatan baru akan terbentuk. Pada masa sama, Umno sendiri menghadapi perpecahan.
BARISAN Nasional (BN) - gabungan yang memerintah Malaysia selama 61 tahun sejak negara itu merdeka pada 1957 - berderai selepas ia disingkir gabungan baru Pakatan Harapan pada pilihan raya umum Mei lalu.

