Premium
Suspek utama dikenal pasti
Apr 11, 2017 | 5:30 AM
DIBURU: Akhbar setempat telah menyiarkan gambar suspek yang dikenal pasti sebagai Rakhmat Akilov, pekerja binaan dari Uzbekistan. - Foto AFTONBLADET -
STOCKHOLM: Suspek utama kejadian lori merempuh orang ramai hingga menyebabkan empat orang terkorban Jumaat lalu di Stockholm dikenali sebagai Rakhmat Akilov, pekerja binaan dari Uzbekistan yang ditolak permohonan sebagai penduduk tetap Sweden, dan dipercayai bersimpati dengan perjuangan militan IS.
Akhbar Sweden Dailies Expressen dan Aftonbladet menyiarkan gambar dan namanya semalam.

