SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sumber: AS dijangka kerah ribuan lagi askar ke Timur Tengah

Sumber: AS dijangka kerah ribuan lagi askar ke Timur Tengah

Mar 25, 2026 | 1:08 PM

Sumber: AS dijangka kerah ribuan lagi askar ke Timur Tengah

perang, Iran, Teheran, Pentagon, beribu-ribu askar Tentera Darat Amerika Syarikat, ke Timur Tengah, Donald Trump
Seorang wanita dibantu petugas kecemasan selepas satu serangan dilaporkan berlaku di Teheran, Iran, dalam rakaman video yang dikeluarkan pada 23 Mac 2026, ketika Amerika Syarikat dijangka mengerahkan sekitar 3,000 hingga 4,000 anggota Divisyen Payung Terjun ke-82 ke Asia Barat dalam beberapa hari akan datang. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pentagon dijangka menghantar beribu-ribu askar daripada Divisyen Payung Terjun ke-82 elit Tentera Darat Amerika Syarikat ke Timur Tengah, kata dua sumber yang biasa dengan perkara itu pada 24 Mac.

Menurut sumber tersebut, peningkatan besar-besaran ketumbukan tentera Amerika itu dirancang meskipun Presiden Donald Trump bercakap tentang kemungkinan mencapai perjanjian dengan Teheran untuk menamatkan perang.

Salah satu sumber berkata Pentagon dijadualkan menghantar antara 3,000 dengan 4,000 askar.

Reuters pertama kali melaporkan pada 18 Mac bahawa pentadbiran Encik Trump sedang mempertimbangkan untuk mengerahkan beribu-ribu anggota tentera tambahan, satu langkah yang akan memperluas pilihan untuk menggempur ke dalam wilayah Iran.

Peningkatan sedemikian boleh meningkatkan risiko konflik secara mendadak, yang sudah memasuki minggu keempat dan telah menggegarkan pasaran global.

Divisyen Payung Terjun ke-82, yang boleh dikerahkan dalam masa 18 jam selepas menerima arahan, pakar dalam menjalankan serangan payung terjun.

Para pegawai, yang bercakap dengan syarat tidak mahu nama mereka disiarkan, tidak menyatakan lokasi anggota tentera itu akan dihantar atau bila mereka akan tiba di rantau Timur Tengah. Askar-askar kini ditempatkan di Fort Bragg, Carolina Utara.

Tiada keputusan dibuat untuk menghantar tentera ke Iran, kata salah satu sumber, tetapi mereka akan membangunkan keupayaan untuk potensi operasi masa depan di rantau tersebut.

Pengerahan tentera itu menyusuli laporan Reuters pada 20 Mac tentang keputusan Amerika untuk menghantar beribu-ribu askar dengan menaiki kapal USS Boxer, sebuah kapal amfibia, bersama-sama dengan Unit Ekspedisi Marin dan kapal perang pengiringnya ke Timur Tengah.

Sebelum pasukan tambahan dihantar ke rantau itu, terdapat sekitar 50,000 anggota tentera Amerika di sana.

Berita peningkatan bilangan askar itu timbul sehari selepas Encik Trump menangguhkan ancaman untuk mengebom loji janakuasa Iran, dengan menyatakan terdapat rundingan “produktif” dengan Iran.

Namun Iran menyatakan tiada sebarang rundingan telah diadakan.

Amerika telah melancarkan serangan terhadap 9,000 sasaran di dalam Iran sejak bermula operasi ketenteraannya dan Israel pada 28 Februari.

Salah satu sumber berkata Pentagon dijadualkan menghantar antara 3,000 dengan 4,000 askar. Sejumlah 13 askar Amerika telah terbunuh dan 290 cedera dalam perang itu setakat ini.

Sumber sebelum ini menyatakan tentera Amerika sedang mempertimbangkan pilihan dalam perang Iran termasuk mendapatkan kawalan ke atas Selat Hormuz, dengan mengerahkan tenteranya ke pesisir pantai Iran.

Pentadbiran Encik Trump juga telah membincangkan pilihan untuk menghantar tentera darat ke Pulau Kharg di Iran, hab 90 peratus eksport minyak Iran. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg