Topik diikuti
Pergi ke BHkuSultan Muhammad V ditabal Yang di-Pertuan Agong baru M'sia
Sultan Muhammad V ditabal Yang di-Pertuan Agong baru M'sia
KUALA LUMPUR: Sultan Muhammad V dari Kelantan semalam ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 bagi tempoh lima tahun.
Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mempunyai ketua negara baru berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.
