SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Skuad Singa bantu Emaviwe bangkit semula

Skuad Singa bantu Emaviwe bangkit semula

Beliau intai penampilan negara ke-12 bagi perlawanan di Stadium Negara menentang Bangladesh
Mar 26, 2026 | 3:26 PM

Skuad Singa bantu Emaviwe bangkit semula

Jordan Emaviwe disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima penyerang dalam 27 pemain Skuad Singa. 
Jordan Emaviwe disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima penyerang dalam 27 pemain Skuad Singa.  - Foto ST

Kali terakhir Jordan Emaviwe bermain dalam perlawanan di Stadium Negara, beliau meninggalkan padang dengan menitiskan air mata.

Dengan baki beberapa minit sebelum Singapura meraih kemenangan penting ke atas India, kesalahan membuat hantaran oleh pemain bola sepak kebangsaan itu membolehkan pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-90, menyebabkan harapan Skuad Singa untuk Piala Asia tergantung.

Keputusan seri 1-1 dalam Kumpulan C pada Oktober 2025 kemudiannya dilihat sebagai satu kemunduran besar kepada impian untuk kali pertama layak ke kejohanan benua itu.

Pemain berusia 24 tahun itu, bapanya dari Nigeria dan ibunya wanita Cina Singapura, menyifatkannya sebagai “saat terburuk” dalam kerjayanya, yang diikuti dengan banyak komen negatif bersifat perkauman terhadapnya di media sosial.

Tetapi beliau tidak membiarkan semua itu membebankannya.

Pada saat terendah kerjayanya, rakan sepasukan dan ketua jurulatihnya, Gavin Lee, menyokong dan membantunya mengatasi pengalaman mengerikan itu.

Semangat perpaduan yang sama itulah yang akhirnya membawa Skuad Singa melalui kempen kelayakan mereka tanpa kalah, apabila mereka memperoleh kelayakan bersejarah untuk pertandingan benua di Arab Saudi pada 2027.

Mereka memenangi seterusnya dua perlawanan 2-1 di tempat lawan, pertama menentang India di Goa pada 14 Oktober, sebelum kemenangan ke atas Hong Kong di Stadium Kai Tak pada November untuk memastikan tempat mereka di kejohanan 24 pasukan itu.

Memandangkan Skuad Singa akan menentang Bangladesh dalam perlawanan akhir untuk menamatkan kempen kelayakan mereka pada 31 Mac, Emaviwe akan mengintai penampilan negara ke-12 beliau bagi perlawanan di Stadium Negara itu.

Dalam satu temu bual dengan The Straits Times (ST) di Parkroyal di Beach Road pada 25 Mac, beliau berterus terang ketika mengimbas kesilapannya itu.

“Sejujurnya, ia adalah yang paling teruk yang saya rasai sepanjang hidup dan kerjaya saya

“Tetapi Hariss (Harun) sebenarnya telah bercakap dengan saya, dan memberitahu saya bahawa kesilapan telah berlaku dan apa yang berlaku selepas itu menentukan siapa anda dan apakah watak anda. Jadi saya menerimanya,” ceritanya.

Memuji sokongan pasukan yang diterimanya, Emaviwe menambah: “Saya fikir kami sangat bersatu kerana kami semua ingin mencapai matlamat sama, iaitu layak ke Piala Asia.”

Jurulatih Lee menyifatkan Emaviwe sebagai “contoh hebat seseorang yang punya minda yang kuat”.

Emaviwe, yang kembali ke Chiangrai United selepas menghabiskan permulaan awal kempen bersama rakan sepasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United, kini juga telah mengukuhkan dirinya sebagai penyerang.

Beliau telah diturunkan sebagai penyerang tengah dalam semua enam perlawanan liganya – dan menyumbang dua gol – untuk Chiangrai sejak menyertai kelab itu Disember 2025.

Emaviwe juga disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima penyerang dalam skuad 27 pemain Skuad Singa, bersama Ikhsan Fandi, Ilhan Fandi, Abdul Rasaq dan Shawal Anuar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg