Premium
Bekas pembantu Presiden Park pula ditangkap
Nov 5, 2016 | 5:30 AM

DITAHAN: Rakan baik Presiden Korea Selatan Park Geun Hye, Choi Soon Sil (kiri), telah dikenakan waran tangkap rasmi berkaitan kes rasuah. - Foto AFP -
SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun Hye menyampaikan ucapan awam keduanya pagi semalam sejak skandal politik yang menyaksikan teman rapatnya diberkas ekoran rasuah bulan lalu sekali gus menimbulkan gesaan agar beliau meletak jawatan.
Pendakwa raya Korea Selatan telah menangkap bekas pembantu Cik Park yang disifatkan sebagai watak utama terhadap skandal melibatkan penggunaan pengaruh, ujar agensi berita, Yonhap News Agency.

