Topik diikuti
Pergi ke BHkuSiri bom paip sasarkan ahli politik terkenal Demokrat di Amerika
Antara sasaran termasuk Barack Obama, Hillary Clinton, juga pejabat CNN
Siri bom paip sasarkan ahli politik terkenal Demokrat di Amerika
WASHINGTON: Penemuan lima bom paip yang dihantar kepada ahli terkenal parti Demokrat, penyiar CNN dan seorang jutawan liberal, meletakkan Amerika Syarikat dalam keadaan sangat berwaspada kelmarin, dengan pegawai penguatkuasa undang-undang bergegas untuk mengelakkan lebih banyak pakej sampai kepada sasarannya.
Usaha menjejak pengebom mel bersiri itu bermula lewat malam Selasa apabila kakitangan Perkhidmatan Rahsia (SS) yang menjalankan pemeriksaan mel biasa mendapati bom paip dalam sampul surat kosong yang dihantar kepada mantan setiausaha negara Hillary Clinton.
