Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingkir ahli Kabinet lama: Media Britain papar ketegasan May
Singkir ahli Kabinet lama: Media Britain papar ketegasan May
LONDON: Akhbar-akhbar Britain berkata Perdana Menteri Britain yang baru, Cik Theresa May, memaparkan kecekapan yang tidak mengenal belas kasihan apabila beliau menyingkirkan barisan pemimpin lama dalam Kabinetnya.
"Rombakan May telah mengejutkan pemimpin lama dalam Kabinet" kata muka depan akhbar The Guardian, dengan gambar enam wanita yang dilantik bagi mengisi jawatan dalam Kabinet.
