Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeorang maut, 12 cedera ditembak lelaki mengamuk di AS
Seorang maut, 12 cedera ditembak lelaki mengamuk di AS
Seorang maut, 12 cedera ditembak lelaki mengamuk di AS
SERANGAN MAUT: Kakitangan kecemasan mengawal keadaan selepas satu kejadian tembakan berlaku di sebuah pasar raya di pinggir bandar Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat, semalam. - REUTERS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 24, 2021 | 3:54 PM
WASHINGTON: Seorang maut manakala 12 yang lain cedera selepas seorang lelaki yang mengamuk melepaskan tembakan di sebuah pasar raya berhampiran Memphis, Tennessee.
Lelaki berkenaan kemudiannya menembak mati dirinya, kata polis.
Kejadian berlaku di kedai runcit Kroger di pekan pinggir bandar, Collierville, yang terletak di timur Memphis.
"Seorang mangsa terbunuh, manakala penyerang turut mati dipercayai akibat tembakan sendiri," kata Ketua Polis Collierville, Dale Lane, kepada pemberita. - AFP
