Topik diikuti
Pergi ke BHkuSemua pihak dijangka diwakili dalam Kabinet baru
Pengamat: Parti utama Melayu - Bersatu, Umno dan PAS - dijangka ambil pendekatan kembalikan kepercayaan rakyat
Semua pihak dijangka diwakili dalam Kabinet baru
PERDANA Menteri baru Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka melantik barisan kabinet sebagai pentadbir kerajaan yang mewakili semua pihak.
Tiga parti Melayu utama Malaysia - Umno, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) - yang kini menjadi rakan sekutu dalam kerajaan gabungan Perikatan Nasional dijangka mengambil pendekatan mengembalikan kepercayaan rakyat, setelah mereka menyaksikan peralihan kuasa dengan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang menang pilihan raya umum lalu pada 2018.
