Seleweng dana pilihan raya: Bekas ketua agensi risik M'sia ditahan
Premium
Seleweng dana pilihan raya: Bekas ketua agensi risik M'sia ditahan
Aug 30, 2018 | 5:30 AM
BANTU SIASATAN: Datuk Hasanah Abdul Hamid ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan tuduhan penyelewengan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14). - Foto THE STAR -
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan tuduhan penyelewengan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

