SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sekurang-kurangnya 65 terkorban dalam kebakaran keretapi di Pakistan

Sekurang-kurangnya 65 terkorban dalam kebakaran keretapi di Pakistan

Oct 31, 2019 | 7:26 PM

Sekurang-kurangnya 65 terkorban dalam kebakaran keretapi di Pakistan

Keretapi yang dalam perjalanan dari selatan Karachi ke Lahore meletup dipercayai kerana beberapa penunggang sedang memasak sarapan. - Foto GAMBAR TANGKAP LAYAR SYED TALAT HUSSAIN/TWITTER
Keretapi yang dalam perjalanan dari selatan Karachi ke Lahore meletup dipercayai kerana beberapa penunggang sedang memasak sarapan. - Foto GAMBAR TANGKAP LAYAR SYED TALAT HUSSAIN/TWITTER -

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 65 orang terkorban dan ramai lagi tercedera setelah sebuah keretapi terbakar di tengah Pakistan hari ini (31 Oktober), kata seorang menteri wilayah.

Rakaman televisyen menunjukkan api merebak dan kedengaran orang menjerit dan menangis dalam kejadian yang berlaku berdekatan daerah Rahim Yar Khan berdekatan wilayah Punjab.

"Menurut maklumat dari tapak kejadian kemalangan tiu, lebih 65 orang terkorban dan lebih 40 tercedera," kata menteri kesihatan wilayah, Dr Yasmin Rashid kepada AFP.

Mereka yang tercedera dihantar ke hospital berdekatan di kota Bahawalpur dan daerah Rahim Yar Khan, dan menambah bahawa hanya 18 mayat yang dapat dikenal pasti sejauh ini.

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa penunggang sedang memasak sarapan ketika silinder meletup. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg