SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Saudi terbit panduan haji dalam 14 bahasa

Saudi terbit panduan haji dalam 14 bahasa

Jul 3, 2022 | 5:30 AM

Saudi terbit panduan haji dalam 14 bahasa

990b9c5c-9725-4825-a04a-2083d5a7fbef
-

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerusi kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Am untuk Awqaf telah menerbitkan makalah elektronik atau e-panduan dalam 14 bahasa sebagai panduan untuk jemaah haji, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Ia merupakan daya usaha kesedaran yang unik untuk jemaah haji dari seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan 'outreach' untuk musim haji tahun ini.

Ia merangkumi 13 panduan terperinci yang menerangkan pelbagai peringkat menunaikan haji dalam bentuk yang mudah difahami dengan topik menarik minat jemaah.

Buku e-panduan itu tersedia dalam bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Urdu, Bengali, Indonesia, Malaysia, Hausa, Amhar, Parsi, Sepanyol, Turki, Russia dan Sinhala. - Agensi

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg