Saintis Britain temui gen punca tingkat risiko kematian akibat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saintis Britain temui gen punca tingkat risiko kematian akibat Covid-19

Nov 7, 2021 | 5:30 AM

Saintis Britain temui gen punca tingkat risiko kematian akibat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DAPATKAN PERLINDUNGAN: Kanak-kanak berusia tujuh tahun ini mendapatkan vaksin Pfizer di kemudahan kesihatan Beaumont di Michigan, Amerika. Sehubungan ini, satu lagi syarikat, Ocugen, telah memohon kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksin koronavirus Covaxin yang dibangunkan di India untuk individu berusia dua hingga 18 tahun. - Foto AFP
DAPATKAN PERLINDUNGAN: Kanak-kanak berusia tujuh tahun ini mendapatkan vaksin Pfizer di kemudahan kesihatan Beaumont di Michigan, Amerika. Sehubungan ini, satu lagi syarikat, Ocugen, telah memohon kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksin koronavirus Covaxin yang dibangunkan di India untuk individu berusia dua hingga 18 tahun. - Foto AFP -

LONDON: Saintis di Britain menemui satu gen yang berupaya meningkatkan risiko kematian akibat Covid-19, sekali gus memberi gambaran baru mengapa individu tertentu lebih mudah dijangkiti virus itu berbanding orang lain.

Penemuan itu turut membuka lembaran dan pelbagai kemungkinan terhadap rawatan dan perubatan bersasar bagi pesakit Covid-19.

Penyelidik di Universiti Oxford memaklumkan kira-kira 60 peratus individu berketurunan Asia Selatan memiliki gen berisiko tinggi itu, sekali gus menjadi sebahagian penjelasan terhadap jumlah kematian yang tinggi dalam sesetengah komuniti di Britain selain kesan Covid-19 di India.

Ketua penyelidik bagi kajian itu, Prof James Davies, berkata hasil kajian menunjukkan cara paru-paru bertindak balas terhadap jangkitan berkenaan adalah amat penting.

"Ia penting kerana kebanyakan rawatan memberi fokus pada mengubah reaksi sistem imun terhadap virus berkenaan," katanya.

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.

Kajian mendapati peningkatan risiko itu bukan kerana perbezaan dalam kod genetik protein berkenaan, sebaliknya disebabkan perbezaan pada asid deoksibonukleik (DNA), yang seolah-olah menjadi 'suis' bagi mengaktifkan sesuatu gen.

Signal genetik itu berkemungkinan memberi kesan pada sel dalam paru-paru, manakala satu bentuk gen yang lebih berisiko tinggi dikenali sebagai LZTFL1 mungkin menghalang sel di saluran udara dan paru-paru untuk bertindak balas terhadap virus berkenaan dengan berkesan.

Bagaimanapun, LZTFL1 tidak menjejaskan sistem imun tubuh badan yang menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan, dan individu yang memiliki gen itu boleh bertindak balas dengan normal terhadap vaksin.

Sementara itu syarikat Amerika Syarikat, Ocugen, memohon kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksin Covid-19 Covaxin yang dibangunkan di India untuk individu berusia dua hingga 18 tahun.

Data Ocugen yang dikumpul daripada ujian klinikal di luar Amerika dengan hanya sekumpulan kecil kanak-kanak, mungkin tidak mencukupi untuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika memberikan kelulusan berkenaan.

Covaxin, yang dibangunkan di India oleh rakan kongsi Ocugen, Bharat Biotech, mendapat kelulusan kecemasan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu dan telah pun dibenarkan untuk digunakan di 17 negara.

Puluhan juta dos telah diberikan kepada orang dewasa di luar Amerika terutama di India.

Imunisasi berkenaan mengguna teknologi virus tidak aktif, biasa dalam vaksin kanak-kanak lain termasuk suntikan polio. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg