Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia lancar serangan dron ke atas Kyiv

Sep 10, 2023 | 3:31 PM
LEDAKAN KELIHATAN DAN KEDENGARAN:  Russia melancarkan serangan udara ke atas Kyiv pada awal dinihari Ahad dengan ledakan kedengaran merentasi ibu kota Ukraine dan kawasan sekelilingnya bagi tempoh hampir dua jam.
LEDAKAN KELIHATAN DAN KEDENGARAN:  Russia melancarkan serangan udara ke atas Kyiv pada awal dinihari Ahad dengan ledakan kedengaran merentasi ibu kota Ukraine dan kawasan sekelilingnya bagi tempoh hampir dua jam. - Foto REUTERS

KYIV: Russia melancarkan serangan udara ke atas Kyiv pada awal dinihari Ahad dengan ledakan kedengaran merentasi ibu kota Ukraine dan kawasan sekelilingnya bagi tempoh hampir dua jam.

Serpihan dron mula kelihatan di beberapa kawasan. Skala serangan ini bagaimanapun tidak diketahui segera.

Saksi Reuters terdengar sekurang-kurangnya lima letupan berlaku di Kyiv manakala media Ukraine menunjukkan beberapa video kereta yang rosak.

Datuk Bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko, berkata bahawa seorang penduduk cedera di kawasan kejiranan Podil yang bersejarah dan kebakaran berlaku berhampiran salah satu taman di bandar itu.

Serpihan daripada dron jatuh di daerah Darnytskyi, Solomianskyi, Shevchenkivskyi, Sviatoshynskyi dan Podil, kata Encik Klitschko dan pentadbiran tentera bandar itu.

Di daerah Shevchenkivskyi, serpihan dron mencetuskan kebakaran di sebuah apartmen, yang nampak ketara kesan kebakarannya. Tiada laporan mengenai kecederaan, ujar Encik Serhiy Popko, ketua pentadbiran tentera Kyiv, dalam pesanan Telegramnya.

Moscow telah melakukan serangan hampir setiap malam di wilayah Ukraine. Serangan Russia mengorbankan 17 nyawa pada Rabu di bandar timur Kostiantynivka. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg