Premium
Rosmah hadapi 17 tuduhan
Isteri Najib tidak mengaku bersalah
Oct 5, 2018 | 5:30 AM
DIDAKWA: Datin Rosmah ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam. Dia mengaku tidak bersalah atas 17 pertuduhan melibatkan kes pengubahan wang haram dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada LHDN. Dia dibenar ikat jamin RM2 juta. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menggelengkan kepala dan tidak mengaku bersalah atas 12 pertuduhan membabitkan dirinya dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta ($2.33 juta).
Dia juga tidak mengaku bersalah atas lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

