SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

RM300j dalam akaun Bersatu: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM

RM300j dalam akaun Bersatu: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM

Feb 18, 2023 | 5:30 AM

RM300j dalam akaun Bersatu: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: Beri keterangan di Putra Jaya.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: Beri keterangan di Putra Jaya. -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilapor sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis bagi memberi keterangan berkaitan isu siasatan membabitkan wang RM300 juta ($90.7 juta) disyaki diterima Bersatu.

Menurut laporan sebuah portal berita, Tan Sri Muhyiddin, yang juga bekas Perdana Menteri, memberi keterangannya kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya.

Bagaimanapun maklumat berkaitan tempoh keterangan diberi oleh Tan Sri Muhyiddin tidak diperincikan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

SPRM pada Rabu memaklumkan akan memanggil Tan Sri Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu.

Bersatu sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin ketika itu.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin Bersatu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu, baru-baru ini.

Pada 1 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram.

Tan Sri Azam berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram. - BHM

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg