Ribuan penduduk Australia digesa tinggalkan rumah jelang puting beliung
Premium
Ribuan penduduk Australia digesa tinggalkan rumah jelang puting beliung
Mar 28, 2017 | 5:30 AM
PERSIAPAN TAUFAN: Penduduk di Bowen, selatan Townsville, mengisi beg pasir sebagai persiapan menghadapi puting beliung Debbie semalam. - Foto REUTERS -
SYDNEY: Ribuan penduduk Australia digesa meninggalkan kediaman mereka di pesisir pantai yang dijangka menjadi laluan puting beliung kuat semalam, ketika ribut itu melanda timur laut negara berkenaan.
Biro Kaji Cuaca Australia berkata puting beliung Debbie diramalkan semakin kuat dan menjadi ribut kategori empat dengan membawa angin selaju sehingga 300 kilometer sejam sebelum tiba di Queensland awal pagi ini.

