Restoran AS kecilkan hidangan untuk pelanggan berdiet

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Restoran AS kecilkan hidangan untuk pelanggan berdiet

Dec 23, 2025 | 4:07 PM

Restoran AS kecilkan hidangan untuk pelanggan berdiet

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
diet, meal portion, clinton hall, new york
Saiz hidangan mini berbanding dengan hidangan bersaiz jumbo yang disediakan oleh Restoran Clinton Hall di bandar New York pada 8 Disember. - Foto AFP

NEW YORK: Seorang penggemar makanan, akitivis sosial dan warga New York selama 20 tahun, Cik Lina Axmacher, telah lama gemar meneroka budaya restoran terkenal di bandar ini.

Kemudian beliau diperkenalkan dengan hidangan Ozempic.

Beliau hilang selera makannya dan berat badannya turun lebih daripada 9.1 kilogram dalam masa kurang daripada dua bulan.

“Tetapi saya masih mahu mengekalkan gaya hidup sosial saya, dan saya masih mahu disertakan dalam jamuan malam,” kata wanita Sweden berusia 41 tahun itu.

Salah satu restoran kegemarannya, Le Petit Village di Manhattan, menjadikannya lebih mudah untuk mengurangkan berat badan kerana ia menawarkan hidangan lebih kecil pada harga lebih rendah.

Pendekatan itu lebih berbaloi memandangkan harga ubat-ubatan bagi mengurangkan rasa lapar seperti Ozempic semakin meningkat.

Restoran West Village juga mengecilkan sebahagian daripada menu makan tengah harinya, termasuk roti bakar Perancis dan salmon salai, terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menggunakan GLP-1 untuk menurunkan berat badan.

Kira-kira satu daripada lapan orang dewasa Amerika kini mengambil ubat GLP-1 yang semakin popular untuk penurunan berat badan, menurut tinjauan pendapat November oleh penjejak dasar kesihatan bukan mencari untung, KFF.

Dan satu daripada lima menyatakan mereka telah mengambil ubat-ubatan seperti Ozempic dan Wegovy untuk menguruskan keadaan kronik seperti diabetes pada satu ketika.

Pada 22 Disember, gergasi farmaseutikal Denmark, Novo Nordisk, mengumumkan pihak berkuasa Amerika telah meluluskan Wegovy untuk diberikan dalam bentuk pil bagi menurunkan berat badan, berpotensi menjadikannya lebih mudah diakses.

“Saya keluar dan melihat orang ramai makan lebih sedikit dan mengambil satu gigitan makanan, satu tegukan minuman dan itu sahaja,” kata Encik Aristotle Hatzigeorgiou, pemilik restoran Clinton Hall, yang mempunyai lima cawangan di seluruh New York.

Kebanyakan hidangan yang disediakan oleh dapurnya berakhir di dalam tong sampah, pembaziran yang besar, katanya.

Jadi beliau membangunkan “hidangan mini yang kecil” – dengan harga AS$8 ($10.30).

Ia berupa burger bersaiz kecil, sedikit kentang goreng dan segelas minuman keras.

Ia sangat berbeza dengan beberapa tawaran lain seperti donat keju panggang dan burger ‘fondue’.

Tetapi hidangan mini itu terbukti popular, kata Encik Hatzigeorgiou, bukan sahaja untuk mereka yang menurunkan berat badan, malah untuk mereka yang mengurangkan kos.

“Saya fikir orang ramai kini berjimat dengan kenaikan sewa rumah dan inflasi,” kata pemilik restoran itu.

Menawarkan pilihan yang lebih murah terbukti berjaya, tambahnya.

Buat masa ini, GLP-1 untuk tujuan penurunan berat badan masih terlalu mahal bagi ramai rakyat Amerika. –AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg